Monday 22 February 2016

SAHABAT

أسلام عليكم ،
"KAU SAHABATKU SAMPAI MATI"
"AKU SAYANG KAU KETATTT KETATTT"
"I LEBIU SAHABAT"
"KAU SAHABATKU TILL JANNAH"

Dalam hati korang, mesti terdetik 'cess kawan aku ni cliche nye', 'kawan aku nk aku belanja ke ni'.

Well, kenapa lah korang nak fikir negatif kan. 
Sahabat SEJATI adalah sahabat yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah taala. Sahabat SEJATI adalah teman rapat yang menjadi rujukan untuk mendamba nasihat, meminta bantuan dan seumpanyanya (selain Allah dan ibu bapa). Sahabat SEJATI juga bukan kawan- kawan biasa, bukan sekadar 'bestpreng' bahkan sahabat SEJATI ialah sahabat tatkala kita susah dan senang. Alah, korang pernah dengar kan " A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED" sy selalu gunakan perkataan  ni. ha mcm tu lah lebih kurang.



Di sini, saya memetik beberapa pepatah atau 'quotes' berkaitan SAHABAT yang menarik perhatian saya.

"Jika kamu merapatkan ikatan persahabatan, maka ia akan membalas balik persahabatan itu"

"Jika kamu menawarkan perbuatan baik kepadanya,maka ia akan menyambutnya dengan baik"

"Jika kamu memerlukan pertolongannya, maka ia akan berupaya membantumu mengikut kemampuannya."


Memperoleh sahabat SEJATI bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan kenal dalam masa sehari dua, bahkan ia adalah ANUGERAH ALLAH. Berkawan bertahun-tahu, bergurau senda, belajar brsama sama belum tentu menjadi sahabat baik  atau SEJATI.



الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
surah azzukhruf; 67

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang orang yang bertakwa"

Saya juga ingin berkongsi cara- cara untuk memilih sahabat sejati.
  1. Sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
  2. Sahabat yang menyambut apabila kita menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan.
  3. Sahabat yang sering memberikan pertolongan.
 Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih hahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan ISLAM dapat dilakukan bersama-sama sahabat yang mulia.




SAYA SAYANG SAHABAT SAYA, ANDA BAGAIMANA ? :)

Wallahualam. Sekian nukilan daripada saya, 
-BisikanPetunjuk-




6 comments:

  1. Assalam,blog yg sgt menarik,care penceritaan yg menarik,dan menarik pandangan sye,terima kasih utk beberapa tips yg diberikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. terima kasih ya akh. insyaAllah akan diperbetulkan jika ade kekurangan. terima ksih skli lg.

      Delete
  2. Assalam,blog yg sgt menarik,care penceritaan yg menarik,dan menarik pandangan sye,terima kasih utk beberapa tips yg diberikan

    ReplyDelete