Tuesday 23 February 2016

Crush

COUPLE DOSA BESAR???
iyeke? Kenapa ekk? Gais, cuba korang bayangka, mula mula dengan CRUSH, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, teringat pasal 'that boy or that girl' imagine pasal dia.. etc.. Bukankah semua tu DOSA?

Ha..kalau korang nak tahu, betapa bahayanya jika seseorang melayan crush dan tak ada usaha untuk melupakan crush tersebut. * Tak kisahlah minat sepenuh hati atau tak*

"MASALAHNYA, AKU MINAT SANGAT DIA TU, NAK BUAT MACAM MANA?"

Apabila kita dah menyukai seseorang misalnya, apa kita nak buat? COUPLE? CONFESS? No...No...No..

Nabi Bersabda,
" Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencinta selain daripada BERKAHWIN!" (HR Ibn Majjah)



So, kalau kita rasa kita ni tak layak lagi nak kahwin, masih belajar lagi misalnya, tak usahlah fikir pasal crush or nak memiliki crush, entah berapa kali tukar crush. Apakah?? hehe.. Saya tak boleh jugak nk cakap besar soal ni, saya pernah je mempunyai perasaan tu. Well, manusia sering berubah. So, kita kene lah berubah ke arah kebaikan. Tak gitu?? Korang ade dengar jugak kan " Alah... lumrah manusia lah wei minat minat ni, kalau takde minat sape sape tu, tak normal" mesti kawan2 korang ade cakap cmni kan? suatu ketika dahulu saya pun pernah jugak cakap camni. haha Dah tak cakap dh setelah tahu semua tu DUSTA belaka. haha sedangkan dalam AlQuran pun tak cakap cmtu kan.

" BILA KITA TERDETIK UTK MENYUKAI SESEORANG SECARA TIBA2?"

Apabila kita menyukai seseorang secara tiba-tiba, kita mestilah sedaya upaya melupakan CRUSH tersebut. Jika kita sedar bahawa cintanya hanyalah cinta monyet dan lansung tiada jalan dan seakan agak mustahil untuk berkahwin, lupakan saja lah.

 Hadis ada berkata bahawa " sesiapa yang bercinta dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu, kalau dia mati maka dia termasuk sebagai mati syahid" * INI MERUPAKAN HADIS PALSU* 'take note gais'

"KORANG NAK TAHU CINTA YANG ALLAH REDHA?"

Ramai je yang nak redha Allah dalam percintaannya. Tapi sayangnya, mereka mencari cinta sebelum bernikah. Minat lelaki ni, Minat perempuan ni, Allah Redha ke??

CINTA YANG ALLAH REDHAI ialah cinta yangg di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, iaitu CINTA SESEORANG LELAKI KEPADA ISTERINYA! Cinta ini paling dituntut kepada umat yang beragama ISLAM. Oleh itu, orang yang bercinta begini Allah akan puji.

Ha.. panjang lebar saya cakap pasal CRUSH ni, by the way korang faham tak ape itu CRUSH?
Saya boleh definisikan CRUSH adalah " meminati seseorang dalam diam dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang diacintai, seseorang yang mengingati orang yang dia cintai, dan berfikir bahawa crushnya itu mempunyai perasaan yang sama terhadapnya."

Muhasabahlah Kawan-kawan.. Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintaiNya dan mendapatkan KeredhaanNya berbanding mengikut hawa nafsu serakah yang menghancurkan kita. 
Amin ya rabbal alamin.

*Maafkan saya jika perkkongsian saya kali ini membuatkan anda sakit hati dan membenci saya. Saya juga insan biasa yang sering melakukan sering melakukan kesalahan dan mencuba untuk menjadi manusia yang diredhai Allah.

Sekian nukilan daripada saya,
-BisikanPetunjuk-
#pendonsatanpanoktah

Monday 22 February 2016

SAHABAT

أسلام عليكم ،
"KAU SAHABATKU SAMPAI MATI"
"AKU SAYANG KAU KETATTT KETATTT"
"I LEBIU SAHABAT"
"KAU SAHABATKU TILL JANNAH"

Dalam hati korang, mesti terdetik 'cess kawan aku ni cliche nye', 'kawan aku nk aku belanja ke ni'.

Well, kenapa lah korang nak fikir negatif kan. 
Sahabat SEJATI adalah sahabat yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah taala. Sahabat SEJATI adalah teman rapat yang menjadi rujukan untuk mendamba nasihat, meminta bantuan dan seumpanyanya (selain Allah dan ibu bapa). Sahabat SEJATI juga bukan kawan- kawan biasa, bukan sekadar 'bestpreng' bahkan sahabat SEJATI ialah sahabat tatkala kita susah dan senang. Alah, korang pernah dengar kan " A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED" sy selalu gunakan perkataan  ni. ha mcm tu lah lebih kurang.



Di sini, saya memetik beberapa pepatah atau 'quotes' berkaitan SAHABAT yang menarik perhatian saya.

"Jika kamu merapatkan ikatan persahabatan, maka ia akan membalas balik persahabatan itu"

"Jika kamu menawarkan perbuatan baik kepadanya,maka ia akan menyambutnya dengan baik"

"Jika kamu memerlukan pertolongannya, maka ia akan berupaya membantumu mengikut kemampuannya."


Memperoleh sahabat SEJATI bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan kenal dalam masa sehari dua, bahkan ia adalah ANUGERAH ALLAH. Berkawan bertahun-tahu, bergurau senda, belajar brsama sama belum tentu menjadi sahabat baik  atau SEJATI.



الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
surah azzukhruf; 67

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang orang yang bertakwa"

Saya juga ingin berkongsi cara- cara untuk memilih sahabat sejati.
  1. Sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
  2. Sahabat yang menyambut apabila kita menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan.
  3. Sahabat yang sering memberikan pertolongan.
 Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih hahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan ISLAM dapat dilakukan bersama-sama sahabat yang mulia.




SAYA SAYANG SAHABAT SAYA, ANDA BAGAIMANA ? :)

Wallahualam. Sekian nukilan daripada saya, 
-BisikanPetunjuk-




Sunday 21 February 2016

Jelous Eh?

Assalamualaikum,
         Gais, mesti korang pernah kan mempunyai perasaan dengki. Bukan saje kepada kawan, malah kepada adik beradik sendiri kan. Alah, saya pun macam tu jugak kadang-kadang, Well, tu biasalah kan. hehe Nak nak perempuan. Kalau perempuan ni, diorang biasa dengki sbb perempuan lain dia tengok lebih cantik dari dia. Takpun org lain lebih kaya then menunjuk nunjuk. Alah, lumrah manusia, so its nornmal lah. Kalau lelaki pulak, hurmmm sy pun tak tahu banyak diorang jeles ape. Mungkin diorang dengki pasal bola, (nak nak diorang dengki dgn CHELSEA FC) hehe,takpun lelaki ni jeles pasal awek. haihh tah pape. 

         Setiap orang yang mempunyai perasaan dan berakal memang mengetahui apa yang dinyatakan sebagai hasad dengki. Malah, kita mungkin pernah mengalami perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki kebaikan atau kelebihan. Perasaan ini mungkin bersama dengan harapan untuk mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan pada masa yang sama juga mungkin iri hati itu bersama cita-cita untuk melihat kejatuhan orang yang diirihatikan itu. 
  
         Sebagaimana firman Allah yang berbunyi; Yang bermaksud: "Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut." (Surah al-Imran: 120) Apakah pandangan Islam terhadap perasaan ini? Jika dilihat dari aspek sejarah kehidupan manusia, dengki ini sebenarnya telahpun lahir sejak zaman Nabi Adam a.s. sebagaimana kisah yang terdapat di dalam al-Quran.

         Allah berfirman; "Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al-Mai'dah: 27) 

          Kisah ini mengenai konflik yang berlaku di antara dua orang putera Nabi Adam a.s., yakni Qabil dan Habil. Apabila Allah menurunkan perintah agar mereka ini mempersembahkan korban, maka Habil menerima perintah tersebut dengan lapang dada dan memilih binatang ternakannya yang paling berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah dengan mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Sebaliknya pula, Qabil menerima perintah Allah dengan rasa terpaksa. Maka Qabil pun, mempersembahkan hasil pertanian yang paling buruk kepada Allah s.w.t. Dengan dua bentuk korban yang persembahan kedua-duanya amat berbeza, maka tentulah Allah memilih korban yang baik dan dipersembahkan dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Lantaran itu, Allah s.w.t. pun memerintahkan api untuk memakan korban yang dipersembahkan oleh Habil. 

        Bagaimanapun, Qabil tidak merasa senang dengan keadaan tersebut dan merasa iri hati terhadap Habil. Perasaan iri hati yang meluap-luap, akhirnya menimbulkan rasa dendam di dalam diri Qabil. Selain Qabil berdendam dengan Habil kerana korbannya yang terpilih, Qabil juga turut mendendami Habil kerana ayahanda mereka menjodohkan Habil dengan saudara kembarnya yang lebih cantik berbanding dengan saudara kembar Habil. Sebaliknya, Qabil pula dijodohkan dengan saudara kembar Habil yang berupa paras lebih sederhana. Apabila Qabil mempunyai kesempatan untuk melepaskan dendamnya, maka diapun menemui Habil dan menyatakan, "Sesungguhnya aku mahu membunuhmu." Habil pun bertanya dengan perasaan yang amat hairan, "Mengapa engkau mahu membunuh aku?" Jawab Qabil dengan hasad yang terbuku di dadanya, "Kerana Allah menerima korbanmu dan menolak korbanku, dan engkau akan menikahi saudara perempuanku yang cantik sedangkan aku pula harus menikahi saudara perempuanmu yang hodoh, sehingga orang lain akan berbicara bahawa engkau itu lebih baik daripadaku dan keturunanmu akan berbangga kepada keturunanku." Apabila Qabil berjaya membunuh Habil, timbul rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.

          Walau bagaimanapun, penyesalan tersebut hanya sia-sia kerana apabila Nabi Adam mengetahui mengenai peristiwa tersebut, baginda tidak mahu menerima kembali anaknya itu dan diapun dihalau. Dalam keadaan yang terbuang, Qabil telah menerima hasutan dan pengaruh iblis yang akhirnya menjadikan dirinya sesat dan melakukan pelbagai perkara yang keji. Lantaran itu, Allah telah memusnahkan keturunannya ketika zaman Nabi Nuh a.s.

           Pengajaran yang boleh dapati berdasarkan kisah dua putera Nabi Adam ini ialah, hasad dengki menyebabkan seseorang boleh bertindak tanpa rasional yang boleh menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan. Hasad dengki juga mendorong seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang sesat. Telah dinyatakan bahawa; "Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir."

           Kesimpulannya, hasad dengki akan menyebabkan kerugian kepada orang yang mempunyai sifat itu dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan rasa terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafa'at dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga. Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam.

          Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi. SAMA-SAMA BANGKIT DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM TAKBIR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

*ha, dengan baby monkey taknak dengki ke? comel lagi ni*

Perpisahan

PERPISAHAN

         Perit seperti peria, namun kenangannya manis seperti honey. Begitu juga dengan diri kita sebagai khalifah di bumi Allah. Pertemuan dan perpisahan kita dengan ROH. Kita bertemu dengan dengan ROH bermula dari perut seorang ibu dan berpisah ketika Malaikat Maut menjemput. Okay, saya bukan nak tazkirah sebenarnya. Tapi begitulah, kita manusia yang sering lalai dan hanyut dalam arus globalisasi kini. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Saya mengalami perpisahan bukan sekali, bukan dua kali. Namun, berkali-kali. Berpisah dengan keluarga, rakan dan guru. takde maknanya nak berpisah dengan boyfriend.tak berminat.

           First, perkara paling sedih dalam hidup ialah berpisah dengan kawan seperjuangan di SmaKhairiah(K.Terengganu) especially my class. Merekalah kawan yang menolong ketika saya jatuh dan seiring ketika saya senang.




*graduasi*


*hadoii selfie lebih ni*

           Namun begitu, tak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidik saya dari saya hyper,banyak mulut,suka tanya soalan lebih sampai cikgu bosan,suka buat bising sehingga pandai duduk diam sikit. hehe

        Assalamualaikum, sekian coretan saya pada harri ini. Taqabbalallahhuminnawaminkum. Allahummayassirwalatuassir Tammimbilkhair. Lahaulawala kuwwatailla billah hil alihilazim. 

Friday 29 March 2013

Love is what? ❤💕

        Dewasa ini, apabila kita sebutkan pasal pengertian CINTA, ramai daripada kita akan terus teringat kepada kekasih hati kita a.k.a pakwe 🙈🙊, sama ada teman wanita a.k.a gilpren, teman lelaki, atau suami dan isteri. Namun, ramai yang lupa, pengertian CINTA yang sebenarnya luas, dan melingkupi keseluruhan kehidupan kita.
       

  •  Pertama CINTA Allah, ia adalah satu kewajipan. CINTA yang paling agung dan perlu kita letakkan pada tahap tertinggi jika hendak dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara lain. 
  • Kedua CINTA Rasulullah, CINTA kepada junjungan besar kita, Nabi kita yang membawa syafaat kepada sekalian umat dan makhluk. CINTA terhadap baginda perlulah melebihi daripada segala CINTA terhadap makhluk yang lain..
  •  Dan yang ketiga, CINTA yang sering kita lupa, sering kita abaikan,.. CINTA kepada orang yang menjaga kita dari kecil, memberi sepenuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita besar dan berjaya, CINTA kepada ibu dan bapa.. I ❤ Allah.. not for guys 😱😱 aminyarabbalalamin..
  • Keempat?? bukan pakwe makwe eh. Ofkos tomodachi (kawan) ❤. Mesti korang dah ramai kawan kan? yelah.. sekolah dari 5 tahun lagi. hahaha tp korang kene ingat, jangan sesekali lupa kawan. Kawan biar seribu, musuh jangan sesekali. Ringankanlah tulang untuk saling membantu sesama rakan dan ringankanlah selalu mulut untuk meminta maaf jika buat kesalahan.
  • haaa... last but not least. CIKGU juga perlu dicintai. Saya tak bermaksud menCINTAi guru yang berlainan jantina *sigh* haha CINTA disini termasuklah menghormati guru, menyayangi guru sebagaimana mereka menyayangi kamu. Menghargai ilmu yang telah mereka berikan kepada kamu. UHIBBUKUM AL ASATIZAH LILLAHITAALA.❤❤❤


 
*semua student OISCA sesi 2016*
*Yazied sensei*

*AIDA (JANAMJANAM), SEDAA, YAZIED SENSEI, AMIN (QU SHIROI), NAZIRA (MAKCIK JIMANG)*

*AO KURASU*